Selamat Datang

Syarikat kami membekalkan pelbagai pokok hutan, pokok buah, pokok hiasan, dan juga pokok herba. Untuk maklumat lanjut sila mengunjungi laman produk.


PRONA VISION TRADING adalah sebuah syarikat milik perseorangan yang ditubuhkan di awal tahun 1990-an. Beroperasi sebagai sebuah tapak semaian di Kampung Kuala Jeneris, Kuala Berang, Terengganu (Berhampiran Tasik Kenyir). Perniagaan yang diasaskan oleh Haji Setapa Bin Sulong atau lebih dikenali sebagai Pok Pa dikalangan masyarakat setempat ini bermula secara kecil-kecilan untuk membekalkan pokok Rotan Manau kepada Jabatan Perhutanan Negeri. Seterusnya berkembang apabila berjaya membekalkan anak pokok hutan (cth. Karas, Cengal, Meranti, Jati), anak pokok buah (cth. Durian, Duku, Rambutan), anak pokok hiasan dan juga anak pokok herba (Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Mengkudu, Hempedu Bumi) kepada agensi kerajaan, swasta dan juga orang perseorangan.
Hak Cipta © 2010 Prona Vision Trading